TUJUAN
Memberi Tips Pengurusan Sumber Manusia bagi IKS kepada komuniti
AKTIVITI
Sesi kelas latihan secara online di mana modul latihan ini adalah berkaitan dengan asas utama bagi menguruskan sumber manusia iaitu tanggungjawab sebagai majikan kepada pekerja berdasarkan Akta Pekerja yang telah ditetapkan. Modul ini mencakupi beberapa topik asas iaitu proses pengambilan pekerja yang berkesan dan sesuai dengan jawatan yang diperlukan sehinggalah kepada menyediakan kontrak perkhidmatan yang jelas sebagai ikatan antara majikan dan pekerja. Seterusnya urusan berkaitan penggajian yang wajib dipelajari oleh Majikan bagi memastikan pekerja menerima pembayaran bulanan dan bayaran caruman wajib selaras dengan Akta Pekerja 1955. Kebaikan aktiviti ini adalah dapat membantu komuniti mengetahui asas-asas penting apabila memasuki dunia pekerjaan. Kelas latihan ini juga hanya dilakukan secara online dimana memudahkan komuniti mendapat akses pengetahuan dimana jua tidak kira di Pusat Ekonomi Digital ataupun dirumah.
