TUJUAN
Memberi Tips Pengurusan Kewangan IKS kepada komuniti (Kelas Online)
AKTIVITI
Kelas online ini adalah kerjasama bersama Innovative Learning Network Sdn. Bhd. Latihan ini menyediakan asas kepada usahawan atau pengusaha perniagaan yang baru dalam memahami bagaimana untuk menguruskan kewangan perniagaan. Antara topik dalam modul ini ialah bagaimana cara untuk menyediakan penyata untung rugi, kunci kira-kira dan aliran tunai serta info tambahan dalam pematuhan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam mengemukakan laporan tahunan pernigaan seperti yang telah ditetapkan. Kelas latihan ini juga hanya dilakukan secara online dimana memudahkan komuniti mendapat akses pengetahuan dimana jua tidak kira di Pusat Ekonomi Digital ataupun dirumah.