TUJUAN
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai tanggungjaawab, etika dan juga cara menggunakan sosial media dengan cara yang betul dan selamat terutamanya dalam kalangan remaja agar lebih sensitif dan berhati-hati berkongsi maklumat diri di dalam sosial media. Dengan menyertai program ini, komuniti mendapat panduan untuk menjaga maklumat peribadi daripada dieksploitasi oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, program ini adalah untuk membantu komuniti untuk menggunakan sosial media dengan lebih berhemah dan juga membantu komuniti untuk mengenal pasti saluran digital yang sahih untuk mendapatkan berita dan info semasa.
AKTIVITI
Aktiviti ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua komuniti yang berminat untuk menyertai program ini.
