TUJUAN
Memberi Taklimat Kenali NADI, Program Sejati Madani, dan Klik Dengan Bijak bersama Komuniti.
AKTIVITI
Pada 28 Jun 2024 bersamaan dengan hari Jumaat, pihak NADI kluster Nabawan telah dijemput untuk menyertai Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani Daerah Nabawan daripada Jabatan Penerangan Sabah (JAPEN) Daerah Nabawan untuk bersama-sama menjayakan progra tersebut. Antara pengisian adalah pihak NADI telah menyampaikan taklimat mengenai Kenali NADI, Program Sejati Madani, dan Klik Dengan Bijak bersama Komuniti. Melalui taklimat ini, komuniti diberikan penerangan yang lebih jelas dan secara tidak langsung akan mendapat info mengenai peranan serta manfaat NADI dan juga mengetahui inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti setempat. Pihak NADI juga mengalu-alukan komuniti agar dapat menggunakan perkhidmatan yang ada di NADI bagi memudahkan urusan komuniti secara maksimum.
