TUJUAN
Pengetahuan ini bertujuan dalam mendedahkan kepada komuniti tentang serangan siber yang boleh memberikan kesan kepada mangsa. Selain itu, aktiviti ini juga membantu dalam asas tindak balas kepada mangsa dan pengetahuan tentang forensik digital.
AKTIVITI
Petugas NADI mempelawa mereka yang berminat untuk mengikuti aktiviti ini dan mereka yang berminat telah hadir sepanjang kelas. Antara kebaikan program ini diadakan adalah agar komuniti dapat mengenal pasti ciri serangan siber yang boleh memberikan kesan negatif kepada mangsa. Selain itu, komuniti juga menambah pengetahuan yang baru tentang asas tindak balas yang boleh dilakukan jika menjadi mangsa dan pengetahuan tentang forensik digital.
