TUJUAN
Bertujuan mengumpulkan usahawan-usahawan AIM di sekitar Nabawan dan membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran digital yang lebih luas serta menyampaikan beberapa maklumat penting kepada para usahawan.
AKTIVITI
YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merasmikan Program Outreach MYStartup dan Sambutan Hari Terbuka Keluarga Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Nabawan 2023. Program sehari ini mengumpulkan usahawan-usahawan AIM sekitar daerah Nabawan. Antara program yang diadakan adalah taklimat dana oleh Cradle Fund dan Sabah Creative Economy and Innovation Center (SCENIC), reruai perkhidmatan kerajaan dan ruangan jualan produk tempatan. Disamping itu, Pusat ekonomi Digital Kluster Nabawan menyertai pameran usahawan dan advokasi untuk mempromosikan PEDi dan advokasi KDB.
