TUJUAN
Program Klik Dengan Bijak sempena Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Daerah Nabawan (Kluster Nabawan)
AKTIVITI
Semua petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bagi kluster Nabawan telah terlibat dalam Program Semarak Uniti yang diadakan di Pentas Terbuka daerah Nabawan. Oleh hal demikian, pihak PEDi telah membuat program Klik Dengan Bijak kepada masyarakat di daerah Nabawan. Kebaikan bagi aktiviti ini adalah memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai keselamatan dan perlindungan internet. Selain membuat pameran, petugas juga membuat soalan kuiz Klik Dengan Bijak kepada masyarakat. Melalui aktiviti ini, masyarakat dapat pengetahuan mengenai penggunaan internet dengan cara selamat, dapat melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dalam penggunaan internet dan seterusnya masyarakat lebih berwaspada semasa melayari internet terutamanya menghindari daripada menjadi mangsa penipuan internet (scammer). Di samping itu juga para ibu bapa mempunyai kesedaran agar sentiasa memantau anak – anak mereka ketika melayari internet agar tidak menjadi mangsa dalam talian.
