TUJUAN
Memberi Taklimat Kenali NADI, Program Sejati Madani, dan Klik Dengan Bijak bersama Komuniti Kg Salarom Baru
AKTIVITI
Pada 13 Julai 2024 bersamaan dengan hari Sabtu, NADI kluster Nabawan telah dijemput untuk menyertai Program Jiwa Komuniti Madani Kg Salarom Baru yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Sabah (JAPEN) Daerah Nabawan. Antara Pengisian Pihak NADI adalah Taklimat Kenali NADI, Program Sejati Madani dan Klik Dengan Bijak bersama-sama komuniti Kg Salarom Baru. Melalui taklimat ini, komuniti diberikan penerangan yang lebih jelas dan secara tidak langsung akan mendapat info mengenai peranan serta manfaat NADI dan juga mengetahui inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti setempat.
