TUJUAN
Tujuan program ini diakan adalah untuk memberi pemahaman tentang konsep Budi Madani kepada komuniti di Daerah Kecil Pegalungan. Ini adalah agar komuniti ini dapat mengetahui dan mendapat manfaat yang setara daripada inisiatif bantuan oleh kerajaan Malaysia di bawah konsep Malaysia MADANI. Ia diwujudkan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat khususnya kepada golongan yang memerlukan di pedalaman.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dijalankan adalah petugas NADI memberikan penerangan secara lisan kepada komuniti yang hadir untuk memahami cara membuat pendaftaran, memeriksa kelayakan, serta mengetahui inisiatif-inisiatif kerajaan terkini agar tidak terlepas daripada manfaat yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat.
