mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

Perlindungan Siber Dan Ancaman Penggodam (Cybersecurity)_Mei 2025

TUJUAN

Webinar ini akan membantu para remaja betapa pentingnya menjaga data peribadi agar tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, akan memberi pengetahuan kepada remaja bahawa penggodam boleh mencuri identiti untuk membuat penipua, pinjaman palsu, atau urus niaga atas nama orang lain.

AKTIVITI

Petugas NADI membantu dalam menayangkan video dan peserta akan menonton video tersebut. Remaja akan tahu cara melindungi maklumat peribadi dan mencegah kecurian identiti. Dengan ini, remaja akan lebih berhati-hati dalam menggunakan siber.