TUJUAN
Memberi Maklumat Mengenai bahan-bahan PDPR Kepada Komuniti.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar dan membantu komuniti mencari bahan pembelajaran untuk PDPR. Petugas juga memberi tunjuk ajar bagaimana cara-cara mencari maklumat dan bahan-bahan pembelajaran di internet sebagai rujukan dalam menyiapkan kerja sekolah. Kebaikan aktiviti ini adalah dapat membantu komuniti mengetahui bagaimana cara menggunakan pusat internet sebagai tempat pembelajaran secara online dan mencari bahan-bahan pembelajaran. Dengan ini, komuniti dapat menjadi pengguna internet dengan bijak dalam menggunakan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet dengan sebaik-baiknya.
