TUJUAN
Memberi Maklumat Mengenai Google Meet Kepada Pelajar PDPR.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar dan membantu pelajar mengenai google meet secara online untuk pegajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR). Petugas juga memberi tunjuk ajar bagaimana cara-cara mendaftar dan menggunakan aplikasi google meet melalui telefon bimbit dan komputer. Kebaikan aktiviti ini adalah dapat membantu pelajar tersebut mengetahui bagaimana cara menggunakan aplikasi google meet sebagai platfom pembelajaran secara online. Dengan ini, pelajar dapat menjadi pengguna internet dengan bijak dalam menggunakan aplikasi google meet untuk kegunaan pembelajaran semasa perintah kawal pergerakan (PKP) dilaksanakan.
