TUJUAN
Memberi latihan kelas komputer (Power Point) kepada komuniti
AKTIVITI
Petugas membantu pelajar sekolah rendah untuk mempelajari asas cara membuat slide melalui Microsoft Power Point dengan tajuk Biodata Saya. Kebaikan aktiviti ini adalah, pelajar mengetahui cara menggunakan microsoft power point terutamanya cara membuat slide, cara menaip dalam power point dan mengetahui fungsi – fungsi yang ada pada power point. Selain itu, pelajar juga dapat menambah pengetahuan asas mereka lebih dalam mengenai penggunaan dan fungsi setiap penggunan komputer dengan mudah. Disamping itu juga dapat melahirkan komuniti yang celik IT seiiring dengan zaman moden yang kini ke arah pendigitalan.
