TUJUAN
Memberi pengenalan kepada pelajar sekolah rendah mengenai latihan asas Paint 3D
AKTIVITI
Petugas memberi penerangan terlebih dahulu mengenai cara menggunakan Paint 3D kemudian petugas memberi latihan kepada pelajar untuk membuat lakaran mengikut kekreatifan pelajar masing – masing. Pelajar boleh memilih sendiri apa yang ingin dilakar. Kebaikan aktiviti ini adalah memberi pengetahuan kepada pelajar cara menggunakan Paint 3D, pelajar mengetahui cara membuat gambar dengan menggunakan Paint 3D, dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan Paint 3D dan memberi ilmu baru kepada pelajar yang masih kosong dalam penggunaan Paint 3D serta melahirkan pelajar yang celik IT.
