TUJUAN
Memberi latihan menggunakan google translate kepada pelajar sekolah menengah.
AKTIVITI
Petugas memberi penerangan terlebih dahulu mengenai aplikasi google translate kemudian petugas memberi tugasan kepada pelajar. Petugas memberi masa kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Kebaikan aktiviti ini adalah pelajar dapat meningkat kemahiran dan pengetahuan dalam menggunakan aplikasi Google Translate, membantu dalam memperbaiki pengetahuan Bahasa Inggeris pelajar, serta memberi ilmu baharu kepada pelajar yang tidak ada asas komputer seperti kemudahan yang terdapat pada Google Translate dan melahirkan pelajar yang celik IT.
