TUJUAN
Memberi latihan menaip (Microsoft Word) kepada komuniti
AKTIVITI
Petugas membantu pelajar sekolah rendah untuk mempelajari asas Microsoft Word dengan membuat latihan menaip. Kebaikan aktiviti ini adalah, pelajar mengetahui cara menggunakan microsoft word terutamanya cara menaip dan mempraktikkan penggunaan keyboard serta mengetahui fungsi – fungsi yang ada pada microsoft word. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan pengetahuan asas dan kemahiran mereka lebih dalam mengenai penggunaan dan fungsi setiap penggunaan komputer dengan mudah. Aktiviti ini juga memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk memudahkan kerjaya di masa hadapan mereka.
