TUJUAN
Memberi latihan menaip kepada pelajar sekolah menengah menggunakan Microsoft Word
AKTIVITI
Petugas memberi penerangan terlebih dahulu kemudian petugas memberi latihan menaip kepada pelajar berpandukan kepada kertas yang disediakan. Petugas memberi masa kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Kebaikan aktiviti ini adalah pelajar dapat meningkat kemahiran dan pengetahuan dalam menggunakan microsoft word, meningkatkan kelancaran pelajar dalam menaip, memberi ilmu baharu kepada pelajar yang tidak ada asas komputer seperti fungsi – fungsi yang terdapat pada microsoft word dan melahirkan pelajar yang celik IT.
