TUJUAN
Memberi latihan melukis poster kepada pelajar sekolah rendah.
AKTIVITI
Petugas memberi penerangan terlebih dahulu kemudian petugas memberi tajuk tugasan kepada pelajar. Petugas memberi masa kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Kebaikan aktiviti ini adalah pelajar dapat meningkat kemahiran dan pengetahuan dalam menggunakan Paint 3D, meningkatkan ilmu dan kekreatifan pelajar, memberi pendedahan awal serta memberi ilmu baharu kepada pelajar yang tidak ada asas komputer seperti fungsi – fungsi yang terdapat pada Paint 3D dan melahirkan pelajar yang celik IT.
