TUJUAN
Memberi pengenalan kepada pelajar mengenai E-Pembelajaran melalui tutorial Astro TV kepada sekolah rendah.
AKTIVITI
Petugas memberi penerangan terlebih dahulu mengenai laman web Astro Tutor TV dan kemudian pelajar diberi masa untuk mengulangkaji melalui Astro Tutor. Kebaikan aktiviti ini adalah pelajar dapat menggunakan internet dengan perkara-perkara yang bermanfaat, menjadikan internet sebagai alternatif lain sebagai rujukan dalam akademik selain buku, pelajar juga mengetahui laman-laman web yang sesuai untuk mengulangkaji dan pelajar juga dapat mengetahui cara mencari maklumat dalam internet disamping melahirkan pelajar celik IT.
