Latar belakang
Cik Salviana binti Atak mula menceburi perniagaan dengan menjual produk minyak wangi/perfume pada tahun 2022. Pada mulanya Cik Salviana hanya berniaga di kalangan keluarga, saudara dan sekitar jiran di Kampung Kabangawong.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dunia teknologi adalah satu perkara yang baharu baginya. Cik Salviana kurang mahir dalam penggunaan internet dan aplikasi asas seperti Microsoft Office, Canva dan sebagainya untuk mempromosi jualannya. Hal ini menyebabkan perniagaan beliau hanya terbatas di sekitarnya sahaja. Cik Salviana juga kurang menggunakan ICT dalam memperkembangkan jualannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah Cik Salviana banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Kabangawong serta menyertai kelas latihan keusahawanan dan kelas ICT yang disediakan. Cik Salviana kini telah menggunakan perniagaan atas talian untuk mempromosikan produknya. Bukan itu sahaja, Cik Salviana juga kini mahir dalam membuat iklan mengenai jualannya dalam laman facebook dan whatapps apps miliknya. Dengan adanya iklan tersebut, ianya dapat menarik minat pelanggan yang berada di kampung-kampung yang berhampiran dan pendapatannya dalam sebulan meningkat dari RM 200.00 – RM 500.00. Cik Salviana bukan sahaja menjual di sekitar kampungnya, namun juga menerima tempahan daripada luar kampung.

Latar Belakang
Adik Jessicca Sangundok merupakan pelajar SMK Nabawan yang berumur 21 tahun. Adik Jessicca juga merupakan ahli MIV sukarelawan pada tahun 2020. Sebelum mengikuti kelas ICT di PEDi Kg Kabangawong, Adik Jessicca sebelum ini kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet seperti google meet, Zoom Meet, Microsoft Words dan melayari website. Tetapi sejak kewujudan PEDi Kg Kabangawong, adik Jessicca rajin mengikuti kelas yang disediakan oleh PEDi Kg Kabangawong sehingga pandai menggunakan komputer dan melayari internet untuk menyiapkan kerja kursusnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas ICT di PEDi Kg Kabangawong, pengetahuan Adik Jassica dalam penggunaan komputer adalah asas. Oleh itu, adik Jassicca mengambil peluang untuk mengikuti kelas ICT yang disediakan oleh PEDi Kg Kabangawong untuk meningkatkan lagi kemahirannya dalam penggunaan komputer mahu pun internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Kini, Adik Jassicca tahu menggunakan komputer dan melayari internet setelah rajin melibatkan diri datang ke kelas ICT di PEDi Kg Kabangawong. Adik Jessicca kini mempunyai peningkatan dalam kemahiran ICT seperti pandai menggunakan Microsoft Word, Microsoft Point, Google Meet, Zoom Meet dan melayari website untuk mencari maklumat dan menyiapkan kerja kursusnya. Selain itu, adik ini juga pandai menonton dan melayari youtube serta tahu mencari maklumat dalam google terutama untuk rujukan dalam bidang akademik. Selain kelas ICT, adik Jassicca juga rajin melibatkan diri dalam aktiviti atau pertandingan anjuran Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
