LATAR BELAKANG
Pn.Dg Arfaezah mula menceburi perniagaan makanan pada tahun 2019. Pada mulanya beliau berniaga di kalangan keluarga, saudara dan sekitar jiran di Kampung Dua Ria Nabawan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Dunia teknologi adalah satu perkara yang baharu baginya. Beliau kurang mahir dalam penggunaan internet dan aplikasi asas seperti Microsoft Office dan ini menyebabkan perniagaan beliau hanya terbatas di sekitarnya sahaja. Beliau juga kurang menggunakan ICT dalam memperkembangkan jualannya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Setelah beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg. Kabangawong serta menyertai kelas latihan keusahawanan dan kelas ICT yang disediakan, Pn.Dg Arfaezah kini telah menggunakan facebook dan whatsapp sendiri untuk mempromosikan produk beliau. Bukan itu sahaja, beliau juga kini mahir dalam membuat iklan mengenai jualannya dalam laman facebook dan dashboard miliknya. Dengan adanya iklan tersebut, ianya dapat menarik minat pelanggan yang berada di kampung-kampung yang berhampiran dan pendapatannya dalam sebulan meningkat dari RM 100.00 – RM 300.00. Pn Dg Arfaezah bukan sahaja menjual di sekitar kampungnya, namun juga menerima tempahan daripada luar kampung.

LATAR BELAKANG
Agnes Steffira merupakan pelajar SK Tetagas Nabawan yang berumur 12 tahun. Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Kabangawong, adik Agnes kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet. Tetapi sejak kewujudan PI Kg Kabangawong, adik Agnes rajin mengikuti kelas yang disediakan oleh Pusat Internet sehingga pandai menggunakan komputer dan melayari internet.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Kabangawong, pengetahuan adik Agnes Steffira dalam penggunaan komputer adalah kosong. Oleh itu, adik Agnes mengambil peluang untuk mengikuti kelas ICT yang disediakan oleh PI Kg Kabangawong untuk meningkatkan lagi kemahirannya dalam penggunaan komputer mahu pun internet.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Kini, adik Agnes tahu menggunakan komputer dan melayari internet setelah rajin melibatkan diri datang ke kelas ICT di PI Kg Kabangawong. Adik Agnesl kini telah pandai menggunakan Microsoft Word, Microsoft Point dan Paint. Selain itu, adik ini juga pandai menonton dan melayari youtube serta tahu mencari maklumat dalam google terutama untuk rujukan dalam bidang akademik. Selain kelas ICT, adik Agnes juga rajin melibatkan diri dalam aktiviti atau pertandingan anjuran pusat internet.
