LATAR BELAKANG
Pn Mathirda Enggu mula menceburi bidang aksesori tradisional sejak tahun 2018. Pada mulanya beliau membuat aksesori tradisional untuk diri sendiri dan keluarga di sekitar Kg Kabangawong.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Beliau kurang mahir dalam penggunaan internet untuk mempromosikan perniagaannya. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 3-5 orang sahaja disebabkan promosinya secara lisan hanya tertumpu kepada ahli keluarga sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas ICT yang dibimbing oleh pusat internet Kg Kabangawong, Puan Mathirda kini aktif mempromosikan produknya di facebook dan whatapp sendiri. Pelanggan beliau juga semakin ramai dan bukan sahaja tertumpu di kalangan komuniti Kg Kabangawong, malah beliau juga menerima tempahan dari luar daerah. Pendapatan beliau dalam sebulan kini mencecah RM200- RM500.

LATAR BELAKANG
Dyeneley merupakan pelajar SK Tetagas Nabawan yang berumur 12tahun , sebelum mengikut kelas ICT di PI Kg Kabangawong , Dyeneley tidak pandai menggunakan komputer dan melayari internet. Tetapi sejak kewujudan PI Kg Kabangawong, adik ini rajin mengikut kelas yang disediakan oleh pusat internet sehingga pandai menggunakan komputer dan melayari internet.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Sebelum mengikut kelas ICT di PI Kg Kabangawong, pengetahuan adik Dyeneley dengan penggunaan komputer adalah kosong. Oleh itu, adik Dyeneley mengambil peluang untuk mengikut kelas ICT yang disediakan oleh PI Kg Kabangawong untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan komputer mahu pun internet.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Kini adik Dyeneley tahu menggunakan komputer dan melayari internet setelah rajin melibatkan diri datang ke kelas ICT di PI Kg Kabangawong. Adik Dyeneley kini telah pandai menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Paint. Selain itu, adik ini juga pandai menonton Youtube dan tahu mencari maklumat dalam Google. Adik Dyeneley juga amat berminat untuk mengikuti aktiviti dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet.
