mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU 1 (2020)

JASSICCA

LATAR BELAKANG

Cik Jasicca Sangundok merupakan pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang perniagaan. Setelah beliau menamatkan persekolahannya, beliau mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dengan membuat perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di sekitar Kg Kabangawong.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Dunia teknologi adalah satu perkara yang baharu baginya. Oleh yang demikian, beliau kurang mahir dalam penggunaan internet dan aplikasi asas seperti Microsoft Office dan ini menyebabkan perniagaan beliau hanya terbatas di sekitarnya sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Setelah beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg. Kabangawong serta menyertai kelas latihan keusahawanan dan kelas ICT yang disediakan, Cik Jasicca kini telah memiliki facebook dan whatsapp sendiri untuk mempromosikan produk beliau. Bukan itu sahaja, beliau juga kini mahir dalam membuat iklan mengenai produknya untuk diiklankan dalam laman facebook miliknya. Dengan adanya iklan tersebut, ianya dapat menarik minat pelanggan yang berada di kampung-kampung yang berhampiran.

 

REGON

 

LATAR BELAKANG

Aznicgeel Regon merupakan pelajar SMK Nabawan II yang berumur 17 tahun. Sebelum mengikut kelas ICT di PI Kg Kabangawong, Adik Aznicgeel kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet. Tetapi sejak kewujudan PI Kg Kabangawong, adik ini rajin mengikut kelas yang disediakan oleh Pusat Internet sehingga pandai menggunakan komputer dan melayari internet.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Sebelum mengikut kelas ICT di PI Kg Kabangawong, pengetahuan adik Aznicgeel dengan penggunaan komputer adalah kosong. Oleh itu, adik  mengambil peluang untuk mengikut kelas ICT yang disediakan oleh PI Kg Kabangawong untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan komputer mahu pun internet.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

 

Kini adik Aznicgeel tahu menggunakan komputer dan melayari internet setelah rajin melibatkan diri datang ke kelas ICT di PI Kg Kabangawong. Adik Aznicgeel kini telah pandai menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Paint. Selain itu, adik ini juga pandai menonton Youtube dan tahu mencari maklumat dalam Google terutamanya untuk rujukan dalam bidang akademik.