mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU 1 (2021)

Dimsondaud

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Latar Belakang

Adik Dimson Daud merupakan pelajar SK Tetagas Nabawan yang berumur 12 tahun. Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Kabangawong, adik Dimson kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet. Tetapi sejak kewujudan PI Kg Kabangawong, adik Dimson rajin mengikuti kelas yang disediakan oleh Pusat Internet sehingga pandai menggunakan komputer dan melayari internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Kabangawong, pengetahuan adik Dimson dalam penggunaan komputer adalah kosong. Oleh itu, adik Agnes mengambil peluang untuk mengikuti kelas ICT yang disediakan oleh PI Kg Kabangawong untuk meningkatkan lagi kemahirannya dalam penggunaan komputer mahu pun internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, adik Dimson Daud tahu menggunakan komputer dan melayari internet setelah rajin melibatkan diri datang ke kelas ICT di PI Kg Kabangawong. Adik Dimson kini mempunyai peningkatan dalam kemahiran ICT seperti pandai menggunakan Microsoft Word, Microsoft Point dan Paint. Selain itu, adik ini juga pandai menonton dan melayari youtube serta tahu mencari maklumat dalam google terutama untuk rujukan dalam bidang akademik. Selain kelas ICT, adik Dimson juga rajin melibatkan diri dalam aktiviti atau pertandingan anjuran pusat internet.