LATAR BELAKANG
Pn Piridah Rawang mula menceburi bidang menjahit pakaian sejak tahun 2018. Pada mulanya beliau menjahit pakaian untuk kalangan keluarga dan sanak saudara sahaja di sekitar Kg kabangawong.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PELIBATAN PI
Beliau kurang mahir dalam penggunaan internet untuk mempromosikan perniagaannya. Pendapatan bulanan beliau sekitar Rm100 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanaan adalah seramai 3-5 orang sahaja disebabkan promosinya secara lisan hanya tertumpu kepada ahli keluarga sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas ICT yang dibimbing oleh PI Kg Kabangawong, Puan Piridah kini telah memiliki facebook dan whatapp sendiri untuk mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau juga semakin ramai dan bukan sahaja terutama di kalangan komuniti Kg kabangawong. Malah beliau juga menerima tempahan dari penduduk luar kg kabangawong. Pendapatan beliau dalam sebulan kini mencecah RM200- RM300.

LATAR BELAKANG
Mosmi merupakan pelajar Sk Tetagas Nabawan yang berumur 12 tahun, sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Kabanawong, adik mosmi tidak pandai menggunakan komputer dan melayari internet. tetapu sejak kewujudan PI Kg Kabangawong, adik ini rajin mengikut kelas sehingga pandai menggunakan komputer dan melayari internet.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI
Sebelum mengikut kelas ICT di PI Kg Kabangawong, pengetahuan adik Mosmi dengan penggunaan komputer adalah kosong. Oleh itu, adik mosmi mengambil peluang untuk mengikut kelas ICT yang disediakan oleh PI Kg kabangawong untuk meningkatkan lagi Kemahiran dalam penggunaan komputer mahu pun internet.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI
Kini, adik Mosmi tahu menggunakan komputer dan melayari internet setelah rajin melibatkan diri datang ke kelas ICT di PI Kg kabangawong. Adik Mosmi kini telah pandai menggunakan Microsoft Power Pont dan Paint. Selain itu, adik ini menonton youtube dan tahu mencari maklumat dalam google.
