TUJUAN
Memberi latihan e-pembelajaran kepada pelajar mengenai tutorial poster
AKTIVITI
Petugas memberi penerangan terlebih dahulu kepada pelajar mengenai pembelajaran yang akan diadakan, kemudian petugas memberi tugasan dan masa kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Kebaikan aktiviti ini adalah pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam mencari idea kreatif untuk membuat poster dalam tutorial poster. Selain itu, memberi pendedahan dan pengetahuan yang baru kepada pelajar untuk rujukan masa depan dan melahirkan pelajar yang celik IT.
