TUJUAN
Memberi latihan e-pembelajaran melalui permainan Kahoot.
AKTIVITI
Petugas memberi penerangan kepada para pelajar terlebih dahulu mengenai permainan Kahoot dan objektifnya seterusnya memberi tugasan dalam masa yang ditetapkan. Permainan ini menyediakan soalan yang berkaitan dengan pendidikan untuk dijawab oleh para pelajar. Dengan adanya aktiviti e-pembelajaran seperti ini, para pelajar akan dapat memanfaatkan kegunaannya dalam merangsang pemikiran yang lebih cekap dan pantas seterusnya dapat melahirkan pelajar yang celik IT.
