TUJUAN
Memberi latihan Kelas Komputer ICT Basic Knowledge (Microsoft Excel) kepada komuniti
AKTIVITI
Petugas mengajar kelas komputer secara percuma kepada komuniti yang berminat untuk mempelajari komputer dengan lebih mendalam. Kebaikan aktiviti ini adalah, Komuniti akan diberikan taklimat dan penjelasan mengenai Pengetahuan Asas mengenai Microsoft Excel dimana pengajar akan menerangkan semua maklumat yang berkaitan dengan Microsoft Excel dan memberi latihan kepada komuniti agar lebih mudah dan cepat memahami pembelajaran Microsoft Excel. Selain itu, Komuniti juga dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka lebih dalam mengenai penggunaan dan fungsi setiap item dalam microsoft Excel. Disamping itu juga dapat membantu komuniti menjadi pengguna komputer yang bijak dan berpengetahuan.
