TUJUAN
Mydigital ID merupakan sistem pengesahan identiti secara atas talian yang menekankan aspek keselamatan. Ia adalah platform yang dipercayai dan selamat, serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian, tanpa menggantikan sistem MyKad. Program ini dapat meningkatkan keselamatan, kecekapan, dan keselesaan dalam proses pengenalan dan pengesahan pengguna untuk perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital.
AKTIVITI
Pendaftaran dilakukan dikaunter NADI kepada komuniti yang berminat dengan bantuan petugas NADI.
