mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM MYDIGITAL ID_OGOS 2025

TUJUAN

MyDigital ID ini merupakan sistem pengesahan identiti secara atas talian yang menekankan aspek keselamatan pengguna. Ia adalah platform yang dipercayai dan selamat, serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian tanpa menggantikan sistem MyKad. Program ini diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Pensiangan untuk membantu para staff serta guru-guru untuk membuat pendaftaran, mengemaskini akaun yang sedia ada, dan mempelajari kebaikan sistem aplikasi ini.

AKTIVITI

Petugas NADI telah dijemput oleh pihak PPD untuk membuat pendaftaran MyDigital ID untuk memberi peluang kaki tangan PPD untuk mendaftar dan mengemaskini akaun MyDigital ID. Antara manfaat program ini dijalankan adalah untuk memperkukuhkan keyakinan dalam landskap digital serta meningkatkan keselamatan, kecekapan, dan keselesaan dalam proses pengenalan dan pengesahan pengguna untuk perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital.