TUJUAN
Agar komuniti tahu melukis dan mewarna bendera Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan dengan menggunakan Microsoft Word.
AKTIVITI
Petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar cara menggunakan Microsoft Word dalam membentuk dan mewarna Jalur Gemilang. Kemudian petugas memberi latihan kepada pelajar untuk melukis bendera tersebut. Petugas memberi tunjuk ajar langkah demi langkah dan diikuti oleh pelajar. Kebaikan aktiviti ini adalah pelajar dapat meningkatkan kemahiran disamping menambah pengetahuan fungsi dan cara menggunakannya. Aktiviti ini juga melahirkan pelajar yang celik IT dan pelajar dapat menggunakan kemudahan pusat internet dengan bermanfaat.
