TUJUAN
Membantu pencarian usahawan e-commerce dan mempromosikan latihan kelas yang dianjurkan oleh PEDi.
AKTIVITI
Mini Program Keusahawanan PEDi bersama komuniti 2024 dianjurkan oleh PEDi Kg Kabangawong dengan kerjasama usahawan PEDi dalam melaksanakan program keusahawanan ini. PEDi memberi taklimat kelas keusahawanan modul AI dan juga usahawan PEDi membuat aktiviti dekorasi kek (unicorn) bersama komuniti. Kebaikan aktiviti ini adalah, usahawan dapat menambahkan pengetahuan berkenaan dengan modul AI dan membantu usahawan mempromosikan jualan mereka. Selain itu, peserta dapat meluangkan masa menyertai aktiviti berfaedah di PEDi.
