mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

Astaka-Padang-Kg-Kabangawong

KEMUDAHAN ASAS

Kemudahan Asas yang telah disediakan untuk penduduk kampung sekitar Kg Kabangawong adalah seperti berikut :

 

1. Astaka dan Padang Bola Sepak Awam

Padang bola sepak selalu menjadi tumpuan anak muda untuk bermain bola di sebelah petang. Selain itu, padang bola Kg Kabangawong juga akan menjadi tumpuan orang ramai terutamanya apabila ada anjuran pertandingan bola sepak antara kampung. Astaka telah dibina sebagai tempat duduk penonton atau pengunjung dan juga menjadi pentas penerimaan hadiah bagi acara yang dilakukan di padang bola Kg Kabangawong.

 Padang-Kg-Kabangawong 

2. Balai Raya Kg Kabangawong
Balai raya digunakan oleh ahli jawatankuasa dan penduduk kampung untuk mengadakan mesyuarat khususnya. Selain itu, Balai Raya juga boleh digunakan untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, program komuniti dan aktiviti – aktiviti yang berkenaan.

 Balai-Raya-Kg-Kabangawong

 

 

 

 

 

 

 

 

3. Gelanggang Bola Tampar
Gelanggang bola tampar adalah kemudahan penduduk kampung melakukan aktiviti bola tampar dimana menjadi tumpuan penduduk kampung tidak kira usia dan jantina kerana permainan bola tampar diminati oleh semua lapisan masyarakat. Selain itu, gelenggang bola tampar ini juga boleh dijadikan sebagai gelenggang sepak takraw.

 Gelanggang-Bola-Tampar-dan-Bola-Sepak-Kg-Kabangawong

 

 

 

 

 

 

 

 

4. Gereja SIB Kg Kabangawong
Gereja Kg Kabangawong merupakan kemudahan asas paling utama di Kg Kabangawong kerana majoriti penduduk Kg Kabangawong adalah penganut Agama Krisitian. Gereja ini dijadikan sebagai tempat penduduk melaksanakan segala aktiviti keagamaan.

 Gereja-SIB-Kabangawong

 

 

 

 

 

 

 

 

5. Tadika Minda Ria
Kampung Kabangawong mempunyai kemudahan dari segi pendidikan iaitu Tadika Minda Ria yang dibuka kepada kanak – kanak berumur 4 – 6 tahun. Tadika ini bukan sahaja tertumpu kepada penduduk Kg Kabangawong, namun juga dibuka kepada penduduk di kampung berdekatan yang berada di luar kawasan Kg Kabangawong.

 Tabika-Ria-Kg-Kabangawong

 

 

 

 

 

 

 

 

6. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Kabangawong
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan kemudahan asas kepada komuniti yang bukan sahaja tertumpu kepada penduduk di Kg Kabangawong tetapi juga kepada penduduk di luar Kg Kabangawong seperti Kg Sarikan, Kg Tetagas, Kg Malampoi, Kg Saupi dan kampung – kampung yang berdekatan. Terdapat pelbagai perkhidmatan disediakan untuk kegunaan penduduk setempat. Salah satu perkhidmatan yang disediakan adalah akses internet, kelas asas ICT & Keusahawanan serta pelbagai kemudahan seperti printing, Laminate dan sebagainya.

Tabika-Ria-Kg-Kabangawong