TUJUAN
Memberi pendidikan seni kreatif origami kepada pelajar melalui e-learning berdasarkan video YouTube
AKTIVITI
Petugas memberi penerangan kepada para pelajar terlebih dahulu mengenai origami dan cara-cara membuat origami. Seterusnya memberi tugasan kepada pelajar untuk membuat origami ikan dalam masa yang ditetapkan. Para pelajar akan membuka video berkaitan dengan origami di YouTube sebagai rujukan mereka. Dengan adanya aktiviti seperti ini, pelajar akan dapat mencungkil bakat serta dapat merangsang pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif.
