TUJUAN
Memberi latihan melakar dan mewarna menggunakan Paint 3D kepada pelajar sekolah rendah.
AKTIVITI
Petugas akan memberi penerangan terlebih dahulu dan seterusnya petugas akan memberi latihan kepada pelajar berdasarkan tugasan yang diberi. Aplikasi yang digunakan oleh pelajar untuk melakar dan mewarna adalah Paint 3D. Petugas memberi masa kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberi dengan idea dan kekreatifan masing-masing. Kebaikan aktiviti ini adalah dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam menggunakan Paint 3D disamping dapat mencungkil bakat dan kekreatifan pelajar serta dapat mengenali asas komputer seperti fungsi-fungsi yang terdapat pada Paint 3D seterusnya melahirkan pelajar celik IT.
