TUJUAN
Memberi maklumat Klik Dengan Bijak (Terlebih Kongsi) kepada Pelajar
AKTIVITI
Taklimat Klik Dengan Bijak (Terlebih Kongsi) yang dilaksanakan kepada pelajar sekolah rendah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai keselamatan dan perlindungan dalam internet. Perkongsian ini disertakan dengan menonton contoh-contoh video Klik Dengan Bijak (Terlebih Kongsi) di youtube untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk sentiasa berhati-hati dalam berkongsi maklumat di media sosial. Kebaikan aktiviti ini adalah dapat memberi manfaat kepada semua komuniti agar sentiasa berhati-hati dalam menggunakan internet dan tidak mudah percaya kepada maklumat yang dilihat di internet.
