TUJUAN
Memberi tunjuk ajar mengenai kertas kerja kepada komuniti
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada komuniti dalam mencari maklumat untuk bahan menyiapkan kertas kerja mereka. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar dalam menggunakan microsoft words untuk menyusun atur kerja yang kemas. Kebaikan aktiviti ini adalah dapat membantu komuniti dalam mencari maklumat dari sumber dan rujukan yang betul disamping membantu komuniti dalam menyiapkan kertas kerja mereka. Selain itu, komuniti juga mendapat pendedahan cara-cara mencari rujukan dan membuat kertas kerja dengan mudah.
