Latar belakang
Pn Tezanlye mula menceburi perniagaan jahitan pada tahun 2018. Pada mulanya beliau berniaga di kalangan keluarga, saudara dan sekitar jiran di Kampung Kabangawong.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dunia teknologi adalah satu perkara yang baharu baginya. Beliau kurang mahir dalam penggunaan internet dan aplikasi asas seperti Microsoft Office dan ini menyebabkan perniagaan beliau hanya terbatas di sekitarnya sahaja. Beliau juga kurang menggunakan ICT dalam memperkembangkan jualannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg. Kabangawong serta menyertai kelas latihan keusahawanan dan kelas ICT yang disediakan, Pn.Tezanlye kini telah menggunakan perniagaan atas talian untuk mempromosikan produk beliau. Bukan itu sahaja, beliau juga kini mahir dalam membuat iklan mengenai jualannya dalam laman facebook dan dashboard miliknya. Dengan adanya iklan tersebut, ianya dapat menarik minat pelanggan yang berada di kampung-kampung yang berhampiran dan pendapatannya dalam sebulan meningkat dari RM 300.00 – RM 500.00. Pn Tezanlye bukan sahaja menjual di sekitar kampungnya, namun juga menerima tempahan daripada luar kampung.

Latar Belakang
Adik Yerronadia merupakan pelajar SMK Nabawan II yang berumur 13 tahun. Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Kabangawong, adik Dimson kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet. Tetapi sejak kewujudan PI Kg Kabangawong, adik Yerronadia rajin mengikuti kelas yang disediakan oleh Pusat Internet sehingga pandai menggunakan komputer dan melayari internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Kabangawong, pengetahuan Adik Yerronadia dalam penggunaan komputer adalah kosong. Oleh itu, adik Agnes mengambil peluang untuk mengikuti kelas ICT yang disediakan oleh PI Kg Kabangawong untuk meningkatkan lagi kemahirannya dalam penggunaan komputer mahu pun internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, Adik Yerronadia tahu menggunakan komputer dan melayari internet setelah rajin melibatkan diri datang ke kelas ICT di PI Kg Kabangawong. Adik Yerronadia kini mempunyai peningkatan dalam kemahiran ICT seperti pandai menggunakan Microsoft Word, Microsoft Point dan Paint. Selain itu, adik ini juga pandai menonton dan melayari youtube serta tahu mencari maklumat dalam google terutama untuk rujukan dalam bidang akademik. Selain kelas ICT, adik Yerronadia juga rajin melibatkan diri dalam aktiviti atau pertandingan anjuran pusat internet.
